Wednesday, November 11, 2015

ASAL USUL MULTI LEVEL MARKETING (MLM)


Dulu,sekitar tahun 70-an,MLM hanya dipandang sebelah mata. Ian dianggap kelas bawahan dan sudah tentu pengedarnya dipandang HINA. Ini terjadi kerana MLM pada waktu itu adalah konsep jualan dengan cara mengetuk pintu dari rumah ke rumah. kini,MLM sudah berubah dengan pesatnya. Industri ini dipandang mulia kerana melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya dan bertaraf jutawan melebihi industri lain.

MLM berasal dari Amerika Syarikat dan mula diperkenalkan pada tahun 1945 oleh Dr.Karl Ramburg. Nilai perniagaan MLM melebihi USD100 billion dan lebih 40 juta rakyat seluruh dunia berkecimpung dalam perniagaan MLM. Terdapat kira-kira 500 ribu jutawan dari Amerika,20% daripadanya terlibat dalam perniagaan MLM. Daripada 100 syarikat gergasi terbesar, 37% terdiri daripada syarikat yang berkonsepkan MLM. Antara lebih 100 syarikat terbesar di Amerika Syarikat, 37% menggunakan kaedah MLM.

Menurut John Naitsbitt,Penulis buku Mega Trend 2000 , dalam pasaran Asia antara tahun 1990 hingga 2000, hanya terdapat 3 jenis perniagaan yang berkuasa iaitu telekomunikasi, komputer dan pemakanan kesihatan yang berasaskan MLM. DiMalaysia,35% jutawan terdiri daripada jutawan MLM. Dijangkakan akan adanya peningkatan yang mendadak pada abad ke-21. Menurut Robert T. Kiyosaki,perniagaan MLM boleh diusahakan secara Part Time walaupun seseorang itu sudahpun mempunyai perniagaan konvensionalnya sendiri.

7 SEBAB MENGAPA ANDA BOLEH MENJADI KAYA MELALUI MLM

  1.  MLM adalah perniagaan yang tidak melibatkan orang tengah. Barangan daripada syarikat terus kepada pengguna dengan harga yang serupa. Walaubagaimanapun, barangan itu beredar daripada pengguna ke pengguna yang lain melalui proses penajaan. Pendapatan yang sepatutnya yang sepatuutnya di nikmati oleh pengedar tunggal,pemborong dan peruncit akan dinikmati sesama pengguna melalui BONUS!!!
  2. Modal bagi memulakan perniagaan MLM adalah kecil. Modalnya hanya yuran keahlian lebih kurang RM70 - RM50 dan belian barangan tidak sampai RM300. Keuntungan boleh didapati melebihi puluhan ribu ringgit. Malahan ada yang berjaya meraih pendapatan melebihi ratusan ribu ringgit.
  3. Perniagaan MLM dapat dilakukan tanpa tekanan dan menjimatkan masa. 24 jam setiap hari (8 jam bekerja, 8 jam berehat, 8 jam tidur)
  4. MLM dapat dilakukan melalui proses Penggandaan. Anda tidak bekerja bersendirian tapi secara berkumpulan. Gandaan pendapatan melalui penajaan. Bukan pula dilakukan seorang diri tetapi melalui proses duplikasi atau meniru upline oleh downline.
  5. Anda boleh mendapat bimbingan sewajarnya daripada upline anda. Kejayaan downline adalah kejayaan upline. Bahkan jika downlline berusaha lebih,downline boleh memperoleh pendapatan melalui upline. Malah ada usahawan MLM berjaya menandingi uplinenya melalui pendapatan bonus setiap bulan.
  6. Melibatkan seni perhubungan sesama manusia. Jangan bimbang jika anda tidak berpengalaman dan berkebolehan dalam berkomunikasi dengan orang lain. kerana upline anda akan mencurahkan ilmu dan memberikan motivasi bagi kejayaan anda.
  7. Risiko MLM adalah kurang  berbanding dengan perniagaan lain .  Anda tidak rugi kerana modalnya tidak besar.Bahkan jika berjaya ,anda memperoleh pendapatan melebihi pendapatan tetap anda.Anda bebas bekerja mengikut masa anda sendiri. anda adalah BOS diri anda sendiri.


kredit to: Mohd Rozani Pawan Chek (BUKU EDISI JIMAT-MENJADI JUTAWAN MLM)



No comments:

Elegant Rose - Working In Background