BUAT VISION BOARD ANDA!!!!
Bola-bola berkilauan di mata #USAHAWAN...
.
Tengok wall peniaga ubat A.
Sehari = 1000 parcel.
.
Tengok pula wall peniaga tudung B.
Sehari = 500 parcel.
.
Klik klik buka wall kedai buku online C.
Sehari = minimum 200 order.
.
Tengok pula parcel sendiri;
Isnin = 5 parcel.
Selasa = 7 parcel
Rabu = 5 parcel
.
.
oh! kedai A buat FBads. Aku pun perlu FBads. RM1000 sehari.
oh kedai B join glambazar. Aku pun perlu join bazar join expo join semua,lah!
oh kedai C ada lori jalan-jalan masuk sekolah. Edar flyers untuk katalog buku. Aku? oh aku perlu buat flyers juga lah!
.
.
Kamon!!
Pedulikan kilauan bola itu!
.
Tutup mata kat orang keliling.
Buka mata luas-luas pandang kepada peta bisnes anda.
Mana peta anda?
Pampang di dinding.
Di mana aku hari ini? Di mana aku bulan depan? Tahun depan? 5 tahun lagi?
.
.
ibarat kata guru:
=============
JIKA kita semua mesti berada di KLCC pukul 8 malam nanti.
.
Orang dari Puchong, gerak pukul 7 malam nanti.
Orang dari JB, memandu 4 jam. Pukul 4 petang ni dia dah kena gerak.
Orang dari Sarawak? Kena naik flight sekarang ni.
.
Peta perjalanan mana sama!
Masing-masing kena buat peta sendiri.
Kalau orang Puchong nak pergi naik flight, sampai ke KLCC tu?
Kalau orang Sarawak nak memandu, kelaut lah jawabnya!
.
.
Ok faham ke faham?
.
Belum ada peta bisnes? Hah buatlah peta anda sekarang!!
No comments:
Post a Comment